Nafar Awwal Nafar

Nafar Awwal adalah jemaah Haji yang keluar "awal" bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (masuk waktu Solat Maghrib) dengan syarat-syarat tertentu.Ia dibenarkan kepada semua jemaah Haji sama ada ia dalam keadaan sihat, uzur, lapang ataupun sibuk.

Namun terdapat beberapa syarat untuk melaksanakan Nafar Awwal, iaitu seperti berikut:

  • Hendaklah ia meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah.
  • Telah menyempurnakan segala lontaran pada ketiga tiga Jamrah @ Jumrah pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah.
  • Telah Mabit dalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dengan sempurna.
  • Hendaklah berniat Nafar Awwal sebelum meninggalkan Mina. Berniat boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan keluar ingin meninggalkan Mina.
  • Tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina pada musim Haji kali ini.